Semoga umur Bonda di panjangkan agar dapat kami terus nikmati suara dan kehadiran Bonda disisi, semoga Bonda sentiasa sihat ... Ya Allah Ya Rabbi..peliharalah Bonda kami ini seperti dia memelihara kami..kemampuan kami terbatas..hanya engkau yang mampu, memberi yang terbaik buat Bonda kami ini.
Perjalanan hidup Bonda penuh liku. Anak sulong perempuan di zaman penjajahan bukanlah satu kemegahan kepada tuan empunya badan. Kehilangan saudar, kematian di depan mata..menjadi sejarah hitam dalam hidup Bonda. Mereka tidak diajar cara mempertahankan diri, jika di Kawasan Sadong Jaya, Ilmu batin di guna..di Kpg Sungei Lajem ketika itu? tutup jalan laut, udara ada, tutup jalan udara, jalan darat ada..selain dari 'underground..lubang tanah, tilam di guna untuk menyembunyikan diri dari musuh dan itu juga yang meragut nyawa sepupu bonda, sekaligus , seluruh keluarga lenyap. Ada yang berkata serpihan anggota badan mereka bergelimpangan terkena bom Jepun. Satu memeori yang tak pernah luput dari ingatan Bonda sehingga ke hari ini. Tugas utama Bonda memasak air. Satu ketika..sedang Bonda pergi ke satu Telaga untuk mengambil 2 baldi air..tetiba desingan mesin gun meluru, pantas Bonda berlari menuju ke rumah yang berdekatan. Di bawah rumah itu ada tempat lubang bawah tanah, sekarang Bonda hanya mampu menunjuk lokasi itu tetapi tidak mampu untuk menceritakan segalanya. Anakmu tau perit untuk bercerita ..itu dulu dan kini ia menjadi sejarah dalam diri Bonda.
Bonda ..izin anak mu bercerita lagi..izinkan 'aku kembali' ya Bonda..
Beberapa bulan yang lepas ketika aku jauh beribu batu..aku menerima text dari seorang sahabat. Aku hormati sahabat ini kerana perjuangan. Aku imbas kembali ketika perjalanan sahabat ini ke sebuah kampung merentasi anak sungai. Ini saja yang ada..sebuah perahu dan anak sungai. Kampong ini jauh terpencil..3 jam dari Bandar Sri Aman dan mesti melalui Sungai..itu pun anak sungai yang sempit. Setibanya di satu selekoh..sahabat ini bersama 2 rakan nya tergamam, mahu menersukan perjalanan atau tidak ? ini adalah kerana tiada laluan bagi perahu sekecil itu untuk meneruskan sisa perjalanan. Satu batang pokok sebesar 3 pemeluk ( 3 orang ) melintang , menhalang perahu itu dari melintas. Sedangkan, perjalanan masih jauh. Kerana nekad dan niat walaupun tanpa peralatan yang cukup, mereka teruskan. Gerun aku mendengar cerita mereka..cuba bayangkan berjalan dalam kegelapan di waktu Maghrib demi untuk satu matlamat.Cerita itu juga membuat aku menilai erti persahabatan , erti pengorbanan, erti kerja sukarela.
Sahabat ini melontar satu cerita..cerita satu keluarga yang bergantung pada sampah sarap untuk menyara diri. Sahabat ini bukan bertujuan untuk menceritakan keburukan keluarga dan aku menghebohkan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Memang tugas aku mungkin di dunia ini. Kemana saja aku pergi..dengan siapa saja aku berkhidmat..cerita sebegini mengejar aku. Aku pun sering tertanya mengapa aku ? Adakah aku patut mendiamkan diri mengengar berita atau cerita sebegini. dan kenapa sahabat aku juga mendapat berita sebegini ? Ya Allah ampuni lah dosa kami ..sessungguhnya engkau maha mengetahui. Sekarang cerita ini sudah menjadi satu berita, berita yang perlukan satu penyelesaian. Sebaik saja sahabat ini meletakkan noktah, aku menghubungi satu lagi sahabat. Terlalu jauh untuk aku menlangkah kaki ke lokasi keluarga ini. Di sini kita boleh mengukur sejauh mana kita bersahabat..