Selamat Menyambut Hari Bonda terutama sekali Buat Bondaku,
Bonda,
Hari Ibu ,Hari Bonda..maaf Bonda, entah kenapa hari ini di jadikan Hari Bonda, kenapa tidak kita jadikan setiap hari hari ibu atau bonda? Bonda, pengorbanan mu tidak mampu untuk ku balas . Anak mu ini teringat di kala melihat bagaimana diri Bonda menjaga Nenda ketika Nenda sakit tenat, Bonda bersengkang mata menjaga Nenda pada masa yang sama memasak untuk kami 10 kepala. Apatah lagi mengandung kami selama 9 bulan dan melahirkan kami . Bonda bertarung nyawa untuk kami,Ya Allah , engkau peliharalah Bondaku,berikan Bondaku kesihatan yang baik agar Bondaku dapat meneruskan jihad nya untuk mu.
Alhamdulillah Bonda,
Di pagi yang mulia ini sempat anakmu menjenguk tingkap,tingkap yg membolehkan anakmu melihat wajahmu.Wajah Bonda puteh bersih,setiapkali selepas mandi dan sebelum tidur Bonda akan melaku perkara yang sama..berbedakkan Pupur Cap Amoi. Wajah mu puteh bersih bukan kerana itu Bonda,tetapi kerana zikirmu di pagi subuh,zikir mu antara Maghrib dan Isyak, anakmu sudah nampak wajah itu, wajah bersih mu..apatah lagi di Akhirat nanti Bonda..
Bonda ,
Maafkan anakmu ini kerana memilih cara sebegini berbicara dengan dirimu. Di hati anakmu ini, Bonda adalah segala galanya, Ilmu Pengetahuan Tauhid Bonda terlalu tinggi walaupun sekadar Tahap 3 Madrasah.
Izinkan anakmu meneruskan sisa perjalanan ini...izinkan anakmu membahasakan dirinya 'aku', anakmu ini hanyalah aku dan aku inilah yang terakhirnya aku..dan aku hanya untuk sementara sahaja di dunia ini.
Sekadar perkongsian untuk memulakan bicara ..
Adidas,Amco,Nike..itu yang kucari,
Di Hopoh,di Lea Centre..engkau megah berdiri,
Betapa satu hari...
Si Fatin, Si Rezal, Si Azrul..tersenyum ceria,
'Aku pun nak...kerana ini hak ku..kerana aku mampu...
'Walaupun aku berwajahkan syndrome down, berkaki tanpa lutut, berlengan tanpa siku..
Bermimpi aku..tatkala skuter mencecah jambatan satok..
Satu Billboard..si Fatin, si Azrul, Si Rezal..tersenyum riang..
Betapa serinya hari itu...
'Aku Syndrome Down..aku pun boleh berpakaian Adidas..
'Aku tak cukup anggota...tetapi aku berkasutkan Nike..
Satu impian ..entah bila akan jadi kenyataan. Jodoh ku tidak lama bersama mereka..tetapi tanpa ku sedari mereka bersama aku sehingga kini.
Aku bercita cita tinggi..cuba mengembali hak kepada yang berhak. Terasa sempit duniaku ini..bila mana kehadiran mereka di katakan membawa masalah, menyusahkan, banyak lagi kedengaran di telinga aku. Hampir setiap hari selama hampir 15 tahun aku melihat, mendengar keluhan , rintihan, sampai satu ketika ada seorang ibu mengugut mahu membunuh diri jika aku tidak dapat membantu. Terasa sempit nya dada walaupun aku rasa ia lapang dengan ilmu. Aku mengambil keputusan untuk menerima jemputan, menari di Negara Matahari..di Puncak Gunung Fukuoka, di tanah lapang Osaka. Jepun.

No comments:
Post a Comment