Bonda...seperti biasa ada tak kekanda bonda bertandang di rumah kita pada hari ini?
Sudah lelap kah Bonda? Entah kenapa begitu sukar untuk anakmu memejamkan mata, perjumpaan dengan 2 orang sahabat. Sambil makan kami berbicara tentang telatah manusia. Anakmu ni seorang yang cepat melatah, apatah lagi dikala tertekan. Terasa 'hilang seketika'. Kekecewaan terasa sangat.I feel tired! Selalunya apabila anakmu ini mengeluar perkataan tired , ia bermaksud dalam keadaan tertekan. Ya Allah, permudahkan lah pekerjaan dan tanggungjawabku.
Bonda..bagaimana sambutan hari ibu semalam?
Perbualan kami ringkas saja. Satu atau dua topik,cara terbaik membantu anakmu ini dalam mengatasi cabaran , tugas dan tanggungjawab besar, ia merupakan amanah agar nilai nilai itu sentiasa bugar. Anakmu bertanya apakah bashirohnya hilang..?
Di kepala anakmu penuh dengan tanda tanya, itu sebabnya anakmu ini memohon untuk berjumpa dengan sahabat ini. Sahabat ini pernah berkata, just give me a call, we talk about it. Sahabat ini tau dan faham perjalanan anakmu ini , kami bersahabat sejak remaja lagi , ingat tak ? kami sering mengucar kacirkan dapur bonda dengan masakan maggi mi di tengah malam, kami selalu duduk di atas septik tank rumah jiran tetangga, kami sering bermain 'asel' ditengah jalanraya, waktu bermain kami adalah dari jam 11.00 malam sampai jam 3.00 pagi. Kami tak pandai bermain kat shopping kompleks sebab kami tidak ada duit, jadi paling dekat , main dekat dengan rumah, apabila haus atau lapar, lari saja dan kebetulan rumah kita yang paling hampir.
Bonda tersayang,
Anakmu ini masih ingat, Bonda sering duduk di anak tangga memerhati tingkah laku kami, jika hari sudah lewat, bonda akan baring di kerusi malas.Sayang seorang ibu, maafkan anakmu ini, kenakalannya tidak pudar walaupun telah berusia. Dimana ayah ketika itu ? Arwah ayah..bukannya tak sayang, tetapi amat mempercayai bahawa anaknya ini tahu jalan pulang. Mungkin juga itulah satu dari sifat lelaki yang jarang menampakkan kasih sayang mereka. Cara mereka mencurah kasih sayang berbeza.
Bonda ,
Topik perbualan kami ringkas sahaja. Anakmu mencari, mencari pewaris, inginkan pewaris yang boleh meneruskan sisa perjalanan . Anakmu keletihan setelah 15 tahun bergelumang di jalan yang penuh liku ini. Yes, I want to let go tetapi pertanyaan dari sahabat, jika engkau boleh bertahan 15 tahun kenapa tidak 15 tahun yang akan datang? Macam cerita Adam Maya pulak...pada masa yang sama anakmu bertanya pada diri..mampukah anakmu bertahan 1..2..3.. tahun lagi ? Ini bukan berkenaan kemampuan anakmu tetapi anakmu ini pun ada misi dan visi tersendiri. Anakmu telah pergi jauh dengan dunianya. Cukup sudah rasanya anakmu ini merasai pahit manisnya, sudah tiba masa nya anakmu ini merintis jalan barunya. Itu tekad anakmu ini... Anakmu sudah diberi kesempatan menikmati segala pemberiannya 15 tahun yang lepas dan sekarang biar iannya di rasai oleh mereka yang lain.Keletihan kerana kepuasan yang teramat sangat,pahit manis semua ada. Seorang sahabat tidak akan memikirkan bahawa anakmu ini patah hati, sahabat akan berkata, 'beri peluang pada yang lain, anakmu dan sahabatnya berfikir, ada lagi mereka yang terbaik untuk ini....
Bonda..bagaimana projek cili padi kita, bagaimana hasil benihnya? menjadi tak?
Biar kita imbas kembali ya ,bagaimana ianya bermula. Pada 22 Julai 1997, jam 2.00 petang, anakmu membuat panggilan dari PWTC mengatakan, jangan lupa ya , jam 2.00 petang anakmu muncul di kaca TV. Anakmu bersama 4 rakan seperjuangan membaca ikrar di Dewan PWTC di hadapan PM secara live...anakmu bangga, anak Sarawak di beri kepercayaan mengetuai Bacaan Ikrar ..bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Akan ...tak payah anakmu lanjutkan , rasanya Bonda tau..apa itu Ikrar sebagai Sukarelawan..Semuanya bermula di situ, di kaca TV itu sendiri Bonda melihat dan merasa bangga anaknya berdiri megah membawa bendera Sarawak. Bonda siap memberitahu jiran tetangga..Alhamdulillah, akhirnya anakmu berjaya membuat Bondan merasa bangga, arwah ayah, senyum, itulah ayah..senyum bahagia. Saat itu hingga kini masih terasa. Ikrar sudah macam sumpah..bukannya terpaksa tetapi tanggungjawab, sudah menjadi amanah hingga kini. Besarkan ..tanggungjawab yang anakmu ini pikul ?

No comments:
Post a Comment