Salam buat mu Bonda..
Mampukah anak mu meneruskan perjalanan ini?
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah
Bonda, jom kita bersyair......
Kita di cipta untuk tujuan dan hikmah tertentu. Begitu juga anakmu ini. Anakmu tidak mampu untuk melaku apa yang tercatat.Anakmu hanya mampu mencoret perjalanan singkat hidup ini.
Bonda..sekarang bahasa Arab bonda di tahap berapa?
Tarikh 22 Julai 1997, tarikh keramat buat anakmu. Seminggu kemudian anakmu mendapat tawaran belajar ke luar negara, anakmu meninggalkan tanahair tercinta pada bulan Ogos 1997. Terlalu perit rasanya meninggal Bonda serta keluarga, anakmu yang pertama pergi jauh meninggalkan keluarga. Teringat ketika kaki menjejak kaki di England, anakmu terpinga pinga ketika berada di Heathrow Airport di kelilingi oleh wajah wajah yang pernah anakmu jumpa, rezeki dimana mana. Heathrow di hujani oleh masyarkat asia yang bekerja sebagai pengutip sampah kepada ticketing officer. Jika di Malaysia kita sering melihat Mat Saleh duduk di hotel, berpakaian kemas, tetapi bila melihat mat salleh menyapu sampah, anakmu tersenyum..aduh!! kita semua nya sama. Ketika tiba di bandar london, anakmu ditempatkan di apartment dewasa ,anakmu rindu suara Azan. Yang kedengaran bunyi ambulan, bunyi siren polis...bunyi keretapi..siang dan malam. Itulah Kota Metropolitan. Sepanjang berada di Kota London..anakmu merasa kehidupan berbeza..tinggal bersama keluarga Islam Bangladesh, India dan Pakistan. Kagum pada masa yang sama keliru..Budaya hidup termasuklah bahasa, mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Anakmu? terkial kial mencari sesuatu untuk bertaut. Sukar dan mencabar bila mana..bahasa dan budaya yang berbeda, namun, sinarnya hadir setelah seketika. Manis sungguh bila mengingati anakmu berlari di celah celah masjid ketika menyambut Aidil fitri pertama di perantauan. Masih kedengaran ..Bonda bertanya, kenapa ada bunyi ambulan ketika bersembang di pagi raya, Bonda ingatkan anaknya sakit dan perlu segera ke hospital. Itulah kehidupan kota..tiap hari anakmu kena cuci lubang hidungnya..penuh debu . Bandar London yang kelabu..
Bonda, hal anta maridh ? La..ana bikhoir...Bonda seorang yang tabah.
Bayangkan bagaimana perasaan anakmu apabila di beritahu ada 'bomb scare'? Peperangan Iraq Amerika sedang berlarutan..ancaman bom dimana mana, apatah lagi dibandar London. Anakmu tinggal berdekatan dengan Central london..lokasi utama Pusat Perhentian Keretapi Kings Cross, menjadi tumpuan Penganas, entah siapa mereka ini. Kami di minta meninggalkan bangunan kami kerana keselamatan tergugat. Segera anakmu melangkah. Ketika itu..awal Disember Musim Sejuk melanda..anakmu sempat menyambar topi, stokin, baju jaket dan kasut. Dengan berbaju T apek..anakmu berlari sejauh yang mungkin, ketika itu entah berapa puluh anggota bomba sudah bersedia untuk menyerbu masuk bangunan itu. Pertama kali dalam hidup anakmu menyaksikan Bomba berbaju oren ,jumlahnya tak terkira..seperti ulat memenuhi jalanraya..seketika airmata anakmu mengalir..teringat akan bonda dan keluarga..inilah nasib pedagang..ajal maut di tangan tuhan. Cerita famili Palestin mengamit hati..kalimah syahadah sahabat sejati.
Bonda..bagaimana dengan projek tanaman tomato di belakang rumah kita?
Anakmu di kenali sebagai Bagong dikalangan sahabat di kampong, bagong suka makan apa saja, macam DBKU kata salah seorang cucu bonda. Kesukaran mendapat makanan halal menjadikan anakmu seorang vegetarian...sayor sayoran jadi keutamaan. Ketika berada di up country side, tomato menjadi tumpuan. macam makan epal,,sedap , crunchy dan manis. Tetapi kenapa yang di Malaysia tidak begitu sedap?
Bonda, Malaysia kalah dalam Piala Thomas!!!
Impian untuk memiliki, hancur lebur..Akhirnya kecundang di Negara sendiri, di depan jutaan rakyat Malaysia, biasalah, bila kalah, jadi cemuhan. Namun kata kata Lind Dan memberi makna,' aku tidak mengejar ranking, aku kejar gelaran piala pertandingan, masyarakat ingat pertandingan mereka tak ingat ranking...adakah ranking tiket kepada kemenangan?
Sekembali anakmu dari luarnegara, anakmu di naik kan pangkat. Mimpi ngeri rasanya...di negara maju, sistem sokongan panjang berjela, di Malaysia? apatah lagi dunia bidang pilihan anakmu ini, entah berapa ramai yang mahu. Ngeri kerana, kosong, anakmu harus bermula dari A, dari bawah. 15 tahun..selama 15 tahun mencari nama..identiti..akhirnya, ketanah jua., hancur lebur setelah 15 tahun mengabdikan diri..namun anakmu ibaratkan itu baru di katakan perjuangan kerana yang hancur adalah impian anakmu namun..dia tetap berdiri megah..kehadirannya di terima. Jika ingin tau siapa dia..tanya tuan empunya cerita.
Entahlah Bonda, inikah perasaan Cheng Wei..? Perjuangan kami berbeda dan anakmu terlalu kecil di banding dengan Piala Thomas..

No comments:
Post a Comment